EBOOK
Bina Website dengan AI Tanpa Kod

Masukkan kata laluan untuk mengakses ebook ini.

Panduan Lengkap Bahasa Melayu

Bina Website dengan AI Tanpa Kod

Dari arahan hingga ke kod — cara paling bijak untuk lancarkan website bisnes anda tanpa perlu jadi pakar IT.

Bab
3 Bab Utama
Lampiran
20 Design Style
Platform
Claude.ai + Cloudflare

Nota Penulis

Saya masih ingat ketika membina website pertama saya pada tahun 2019 menggunakan WordPress. Pada waktu itu, prosesnya memerlukan masa yang panjang. Saya menghabiskan berminggu-minggu untuk memahami hosting, domain, reka bentuk, plugin dan pelbagai masalah teknikal yang muncul sepanjang perjalanan.

Ketika itu, membina sebuah website yang baik memerlukan kemahiran yang menjadi penghalang kepada ramai usahawan, freelancer dan individu yang ingin memulakan projek mereka sendiri.

Namun pada tahun 2026, keadaan telah berubah sepenuhnya.

Kemunculan kecerdasan buatan (AI) telah mempercepatkan proses yang dahulunya mengambil minggu atau bulan kepada hanya beberapa jam. Apa yang suatu ketika dahulu hanya mampu dilakukan oleh pembangun website yang berpengalaman, kini boleh dilakukan oleh hampir sesiapa sahaja dengan panduan yang betul.

E-book ini ditulis untuk membantu anda memanfaatkan perubahan tersebut. Tujuannya bukan sekadar mengajar anda menggunakan beberapa alat AI, tetapi memberi satu sistem yang jelas untuk merancang, membina dan melancarkan website dengan lebih pantas serta kos yang lebih rendah.

Saya berharap panduan ini dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang anda, supaya anda boleh memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting, membina produk, perniagaan dan idea yang memberi nilai kepada orang lain.

Selamat membaca.

— Penulis

Bab 1

Kenapa Anda Perlu Website, Dan Kenapa AI Adalah Cara Paling Bijak Sekarang

Apa Itu Website?

Website adalah sebuah "tempat" yang wujud di internet, boleh diakses oleh sesiapa sahaja, pada bila-bila masa, dari mana-mana pelusuk dunia, hanya dengan menaip alamat anda di dalam browser mereka.

Bayangkan website seperti kedai atau pejabat anda yang dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu, tanpa perlu bayar gaji pekerja malam.

Komponen Asas Website

📄

Kandungan

Teks, gambar, video yang anda letak untuk pengunjung baca dan tengok

🎨

Rekabentuk

Susun atur, warna, dan rupa paras keseluruhan laman web

💻

Kod

Bahasa teknikal (HTML, CSS) yang memberitahu browser cara paparkan laman web

🌐

Domain

Alamat unik laman web anda — contoh: kedaisaya.com

Kenapa Bisnes Perlu Website?

#SebabImpak
1Bukti bisnes sah & profesionalKepercayaan awal dari pelanggan
2Pelanggan Google sebelum beliVisibility dalam carian
3Website milik anda sepenuhnyaTiada risiko dipadam atau disekat
4Bekerja 24/7 tanpa gajiPelanggan boleh akses bila-bila masa
5Tanpa website, pesaing menangSetiap hari tanpa website = peluang hilang
💡

Realiti Pasaran Malaysia: Lebih 90% pengguna Malaysia menggunakan internet untuk cari maklumat sebelum membuat keputusan pembelian. Kalau tiada kehadiran digital, anda secara praktikal tidak wujud dalam proses membuat keputusan mereka.

Hubungan Antara Website, Domain & Hosting

Konsep DigitalAnalogi Fizikal
Website (fail HTML, gambar, kandungan)Perabot, barang & hiasan dalam kedai
Hosting (Cloudflare Pages)Bangunan atau lot kedai tempat berniaga
Domain (contoh: kedaisaya.com)Alamat dan papan tanda nama kedai
⚠️

Ketiga-tiga ini mesti ada untuk laman web anda berfungsi sepenuhnya. Dalam buku ini, kita belajar ketiga-tiga elemen bersama: AI untuk bina website, Cloudflare Pages untuk hosting, dan Shinjiru untuk domain.

Boleh Guna AI Untuk Buat Website? Adakah Ini Cara Paling Moden?

Jawapan pendek: Ya. Dan ya.

Tidak lama dahulu, membina website memerlukan anda belajar pengaturcaraan selama berbulan-bulan, atau bayar ribuan ringgit kepada developer atau agensi web. Kebanyakan pemilik bisnes kecil terpaksa pilih antara dua pilihan yang sama-sama menyakitkan: belajar benda teknikal yang mencabar, atau keluarkan duit yang banyak.

AI telah mengubah persamaan ini sepenuhnya.

Dengan alat AI seperti Claude, ChatGPT, dan lain-lain, anda kini boleh menerangkan dalam bahasa biasa apa yang anda nak, dan AI akan hasilkan kod website yang lengkap untuk anda, dalam masa beberapa minit sahaja.

Contohnya, anda boleh tulis kepada AI:

📝 Contoh Arahan
"Buatkan saya satu laman web untuk kedai tudung online saya. Nama kedai: Tudung Cantik Mira. Warna tema: hijau dan putih. Perlu ada bahagian produk, tentang kami, dan borang hubungi."

Dan AI akan hasilkan kod HTML yang lengkap dan berfungsi. Anda kemudian boleh upload terus ke Cloudflare Pages.

Ini bukan masa depan. Ini adalah cara kerja sekarang.

Kualiti Website AI Berbanding Developer Manusia, Jawapan Jujur

Ini soalan yang wajar ditanya. Dan jawapannya lebih menarik daripada yang anda sangka.

Kualiti website yang dihasilkan oleh AI bergantung sepenuhnya kepada kualiti arahan (prompt) yang anda berikan.

💡

Ini prinsip yang mudah: Sampah masuk, sampah keluar. Arahan bagus masuk, website bagus keluar.

Seorang developer yang berpengalaman menghasilkan website yang bagus bukan semata-mata kerana dia tahu kod, tapi kerana dia tahu apa yang nak dibina, untuk siapa, dan mengapa. Bila anda belajar cara beri arahan yang tepat kepada AI, anda pada asasnya sedang melakukan kerja yang sama seperti yang developer lakukan, cuma AI yang menulis kodnya.

Sudah tentu, untuk projek yang sangat kompleks, seperti platform e-commerce besar atau sistem pengurusan data yang rumit, developer masih diperlukan. Tapi untuk kebanyakan website bisnes kecil dan sederhana di Malaysia, AI sudah lebih dari mampu menghasilkan hasil yang profesional dan berkualiti tinggi.

AI vs Developer Manusia — Perbandingan Jujur

AspekDeveloper ManusiaAI dengan Prompt Bagus
KosRM2,000 – RM10,000+Hampir percuma
Masa siap2 minggu – 2 bulan30 minit – beberapa jam
Ulang semakTerhad, kadang kena bayar extraTanpa had, serta-merta
Kualiti rekabentukBergantung pada developerBergantung pada prompt anda
Perubahan kecilPerlu hubungi, tunggu, bayarBuat sendiri dalam minit
💡

Kualiti website AI bergantung sepenuhnya kepada kualiti arahan (prompt) yang anda berikan. Prinsip mudah: Sampah masuk, sampah keluar. Arahan bagus masuk, website bagus keluar.

Agensi Website Pun Dah Guna AI, Ini Bukan Rahsia Lagi

Inilah satu hakikat industri yang jarang diceritakan secara terbuka: banyak agensi web design dan digital marketing hari ini sudah menggunakan AI dalam proses kerja mereka, sama ada untuk hasilkan kod awal, tulis kandungan, atau hasilkan rekabentuk.

Sesetengah agensi menggunakan AI untuk hasilkan draf pertama website dalam masa sejam, kemudian "polish" oleh designer dan developer mereka sebelum dihantar kepada klien, dan mengenakan caj penuh seperti biasa.

Ini bukan tuduhan. Ini adalah adaptasi industri yang normal. Alat yang bagus akan digunakan oleh profesional yang bijak.

💡

Tapi ia menimbulkan soalan yang menarik untuk anda sebagai pemilik bisnes: Kalau agensi pun dah guna AI untuk buat kerja, kenapa anda tidak boleh buat sendiri dengan kos yang jauh lebih rendah?

Jawapannya: anda boleh. Dan buku ini akan tunjukkan caranya.

Benefit Guna AI Untuk Buat Website, Kenapa Ini Masuk Akal Untuk Anda

1. Kos Yang Sangat Berpatutan

Ini benefit yang paling ketara. Website yang dibina oleh agensi atau developer di Malaysia boleh menelan belanja antara RM2,000 hingga RM15,000 atau lebih, bergantung pada kerumitan dan nama agensi tersebut.

Dengan pendekatan AI dalam buku ini, kos anda adalah:

Domain: lebih kurang RM50 setahun
Hosting (Cloudflare Pages): Percuma
AI tools: ada yang percuma, ada yang berbayar sekitar RM20-50 sebulan
💰

Jumlah keseluruhan? Kurang dari RM100 untuk mulakan. Baki duit tu boleh anda laburkan balik dalam bisnes anda.

2. Ulang Semak Tanpa Had, Anda Kawal Sepenuhnya

Ini salah satu frustasi paling biasa apabila berurusan dengan developer atau agensi: setiap kali anda nak buat perubahan, ada proses, ada masa tunggu, kadang ada kos tambahan.

❌ Dengan Developer
"Boleh tukar warna butang tu?" → "Ok, 3 hari kerja."
"Nak tambah satu bahagian lagi." → "Ada charge tambahan RM300."
✔️ Dengan AI
Tukar warna, tambah teks, ubah susun atur — beri arahan baru kepada AI, dapat kod baru, upload semula. Dalam masa 15 minit, bukan 3 hari.

Ini bermakna website anda boleh berkembang dan berubah seiring dengan bisnes anda, tanpa tekanan masa atau kos tambahan.

3. Anda Tidak Perlu Bergantung Kepada Orang Lain

Kebergantungan kepada pihak ketiga untuk sesuatu yang kritikal seperti website bisnes anda adalah satu risiko. Developer boleh sibuk. Agensi boleh tutup. Komunikasi boleh terputus.

Bila anda tahu cara buat dan urus website anda sendiri menggunakan AI, anda adalah tuan kepada aset digital anda sendiri. Anda boleh buat perubahan segera bila ada keperluan mendesak — promosi hari raya, perubahan harga, maklumat terbaru — tanpa perlu tunggu sesiapa.

4. Belajar Kemahiran Yang Bernilai Tinggi

Setiap kali anda berinteraksi dengan AI untuk bina website, anda secara tidak langsung belajar tentang struktur website, rekabentuk, dan cara fikir yang lebih strategik tentang kehadiran digital anda. Kemahiran menulis prompt yang baik juga adalah kemahiran yang semakin bernilai dalam dunia kerja dan bisnes moden. Ini bukan sekadar buat website, ini adalah pelaburan dalam diri sendiri.

Rumusan: Anda Sudah Bersedia

Sebelum kita masuk ke bahagian teknikal, ingatkan diri anda kenapa anda ada di sini:

Website bukan pilihan, ia adalah keperluan bisnes dalam dunia moden
Domain adalah alamat anda, hosting adalah bangunan anda, website adalah kandungan anda
AI bukan pengganti developer untuk semua situasi, tapi untuk kebanyakan website bisnes kecil dan sederhana, ia adalah pilihan yang lebih bijak, lebih laju, dan lebih menjimatkan
Kualiti website anda dengan AI bergantung pada seberapa baik arahan yang anda berikan, dan itulah yang akan kita pelajari bersama
Benefit utama: kos rendah, ulang semak tanpa had, kawalan penuh di tangan anda

Di bab-bab seterusnya, kita akan mulakan proses sebenar, dari bina website menggunakan AI, sehinggalah ia live dan boleh dilihat oleh pelanggan anda di internet.

🚀

Mari kita mulakan.

Bab seterusnya: Cara Beri Arahan (Prompt) Yang Betul Kepada AI Untuk Hasilkan Website Anda.

Bab 2

Bina Website dengan AI — Dari Arahan hingga ke Kod

Seksyen 2.1 — Struktur Website

Jenis-Jenis Website

Ramai orang sangka bahawa website itu ada satu jenis sahaja. Ini membuatkan orang keliru bila ada bermacam-macam website yang berbentuk sama tapi organisasinya sangat berbeza. Oleh itu anda perlu tahu bahawa ada 3 jenis website yang wujud:

🏠

Landing Page Website

Satu halaman sahaja. Tujuan: satu tindakan khusus — daftar, beli, atau hubungi. Paling sesuai untuk bisnes yang baru nak bermula.

📂

Full Website

Banyak halaman — homepage, produk, blog, tentang kami, hubungi. Untuk bisnes yang dah established dan nak tunjuk kredibiliti.

🛒

E-Commerce Website

Website dengan kedai online — pengunjung boleh browse, pilih, dan bayar terus di website. Contoh: Shopee, Lazada, atau webstore sendiri.

⚠️

Penting: Dalam buku ini, kita hanya fokus kepada Landing Page dan Full Website. Website e-commerce tidak di included dalam perbincangan ini kerana ia memerlukan sistem pembayaran, inventori, dan logistik yang jauh lebih kompleks.

2.1.1

High-Converting Landing Page Structure

Landing page bukan sekadar "cantik design". Ia adalah satu persuasion system. Setiap section punya job dia sendiri. Kalau flow dia salah, conversion memang akan drop.
1
Hero Section — Kesan Pertama (3–5 Saat Kritikal)

Dalam 3–5 saat pertama, orang dah decide nak stay atau pergi. Kena ada: hasil akhir yang user dapat, siapa ini untuk, dan satu button CTA sahaja.

❌ Lemah
"AI social media automation platform"
✔️ Kuat
"Generate 30 hari content social media dalam 10 minit, tanpa kena hire marketing team"
2
Social Proof — "Eh Betul Ke Boleh Percaya?"

Logo dari klien, nombor jelas (users, revenue), dan testimonial spesifik dari orang sebenar. Kalau belum ada traction? Jangan buat benda palsu — fake proof adalah long-term damage untuk trust brand.

3
Problem Section — "Heat Up" Masalah User

Buat 3–5 pain points yang sharp. Bukan "time-consuming" — tapi "Content creation ambik 2–3 jam setiap hari". Exact numbers lebih powerful dari perkataan umum.

4
Solution Positioning — "Apa Ni Sebenarnya?"

Cuma 1–2 ayat sahaja. Jangan langsung list feature. Contoh: "Postla is an AI-powered content system yang generate, schedule, dan optimize social media dalam satu workflow."

5
Benefits — Transformation, Bukan Feature

Orang tak beli feature. Orang beli transformasi. Format Before → After bekerja paling baik.

6
Product Demo — "Okay, Betul-betul Work Ke?"

10–30 saat UI video, GIF before-after, atau interactive preview. Visual proof lebih powerful dari paragraf panjang.

7
Feature Breakdown — Explain System

Group features by outcome, bukan by technical. Jangan buat macam technical documentation.

8
Pricing — Filter Intent

Tujuannya: filter. Orang yang taraf ekonomi tak match atau needs tak match akan tau. Hidden pricing kadang backfire.

9
FAQ — Close Last Doubts

Ini last objection handler. Soalan common: Perlukan skill programming? Platform support apa? Boleh cancel anytime?

10
Final CTA — Last Punch

Repeat main value, satu action sahaja, tiada distraction. Contoh: "Start automating your content dalam 5 minit, no credit card needed"

⚠️

Reality Check: Landing page bukan brochure — ia adalah decision funnel. Punca failure paling biasa: Hero tak clear, pain section weak, no real proof, messaging bercampur, dan terlalu banyak CTA buttons.

2.1.2

Struktur Laman Web Penuh (Full Website)

Kalau landing page adalah satu lorong lurus yang membawa pengunjung ke satu tindakan, full website pula adalah sebuah bangunan bertingkat — setiap tingkat ada fungsi tersendiri.

Full website mempunyai banyak halaman. Setiap halaman ada tugas dia. Kalau anda faham susun atur ini, anda boleh bina website yang nampak profesional dan berfungsi dengan baik.

🏠

1. Laman Utama (Homepage)

Halaman pertama yang pengunjung nampak. Tugas dia: tunjuk siapa anda, apa yang anda tawarkan, dan ke mana pengunjung perlu pergi seterusnya.

📦

2. Halaman Produk / Perkhidmatan

Huraikan apa yang anda jual satu persatu. Pengunjung datang sini untuk faham produk anda dengan lebih mendalam sebelum buat keputusan.

🎯

3. Halaman Penyelesaian (Solutions)

Tunjuk bagaimana produk anda selesaikan masalah pelanggan tertentu. Contoh: "Untuk restoran", "Untuk kedai online", "Untuk syarikat korporat".

💰

4. Halaman Harga (Pricing)

Senaraikan pakej harga dengan jelas. Pengunjung yang sampai sini memang serius nak beli — jangan biarkan mereka terkeliru.

🎮

5. Demo / Percubaan

Beri pengunjung rasa sendiri produk anda sebelum beli. Boleh jadi video, interactive preview, atau trial percuma.

📝

6. Blog / Pusat Kandungan

Artikel, panduan, dan berita. Ini bukan sekadar hiasan — ini membantu website anda muncul dalam carian Google (SEO).

📊

7. Kajian Kes (Case Studies)

Cerita sebenar tentang bagaimana pelanggan anda berjaya guna produk anda. Lebih powerful dari testimonial biasa kerana ada bukti nombor.

🤝

8. Halaman Tentang Kami (About)

Ceritakan siapa di sebalik bisnes. Kritikal untuk bisnes baru yang belum ada ramai pelanggan — bina kepercayaan dari sini.

💡

Tip: Anda tidak perlu semua 8 halaman ini sekaligus. Mulakan dengan 3–4 halaman penting (Homepage, Produk, Hubungi, Tentang Kami), kemudian tambah satu per satu apabila bisnes berkembang.

Seksyen 2.2 — Jana Website menggunakan AI

Untuk menjana website, ianya semudah kita type kepada ChatGPT: "Bina saya satu website". Senang bukan? Namun, takat ini sahaja tidak cukup untuk kita jana website yang mencapai standard website profesional.

Oleh itu, kita perlu menoleh pandangan kita terhadap alternative ChatGPT yang lebih baik. Iaitu Claude.ai.

💡

Mula sekarang: Boleh tekan link https://claude.ai untuk mula.

2.2.1

Kenapa Claude.ai?

🧠

Reasoning Tinggi

Menggunakan model Sonnet dengan reasoning skill yang lebih tinggi berbanding model lain

Frontend Skill

Dah include skill "frontend-design" yang membuatkan design website automatik lebih cantik

👁

Preview Terus

Hasil design akan display terus dalam platform untuk mudahkan kerja anda — tanpa perlu copy-paste untuk preview

2.2.3

Template Prompt — Untuk Hasil Lebih Profesional

Walaupun anda diajar semudah type "Bina website untuk saya" sudah cukup, tapi untuk dapat hasil yang lebih berkualiti, anda perlu huraikan lagi supaya AI boleh faham niat kita dengan lebih baik. Dengan hasil outputnya akan lebih baik dan capai standard.

Maka anda boleh 'copy' prompt di bawah ini ke dalam AI itu:

📋 Prompt 1 — Struktur Website
Create a high-converting landing page for a [product/service/business name]. ### Context: - Product/Service: [describe what it is] - Target audience: [who it is for] - Main goal: [e.g., sign-ups, purchases, leads] - Tone: [professional / friendly / bold / luxury] - Key problem it solves: [pain point] - Unique value proposition: [what makes it different] ### Requirements: - Write compelling, conversion-focused copy - Use clear section structure with headings - Include strong CTA (call-to-action) sections - Make it mobile-friendly and modern in style - Focus on benefits over features ### Include these sections: 1. Hero section (headline, subheadline, CTA button) 2. Problem statement 3. Solution overview 4. Key benefits (3–6 bullet points) 5. Features (brief and scannable) 6. Social proof (testimonials or placeholder) 7. Pricing section (if applicable) 8. FAQ section (3–6 questions) 9. Final CTA section

Selain itu, anda juga boleh copy prompt kedua ini untuk pastikan design website anda nampak lebih estetik dan profesional:

🎨 Prompt 2 — Design Estetik
This skill guides creation of distinctive, production-grade frontend interfaces that avoid generic "AI slop" aesthetics. ## Design Thinking Before coding, commit to a BOLD aesthetic direction: - Purpose: What problem does this interface solve? Who uses it? - Tone: Pick an extreme — brutally minimal, maximalist chaos, retro-futuristic, organic/natural, luxury/refined, playful/toy-like... - Differentiation: What makes this UNFORGETTABLE? ## Key Focus Areas: - Typography: Avoid Inter/Arial — use distinctive, characterful fonts - Color & Theme: Dominant colors with sharp accents - Motion: CSS animations, scroll-triggering, hover states - Spatial Composition: Asymmetry, overlap, grid-breaking elements - Backgrounds: Gradient meshes, noise textures, dramatic shadows NEVER use: purple gradients on white, Inter font, predictable layouts.
💡

Tip: Copy kedua-dua prompt ini dan paste terus ke dalam Claude.ai. Gantikan bahagian [bracket] dengan maklumat bisnes anda. Semakin banyak butiran anda beri, semakin baik hasilnya.

Seksyen 2.3 — Selepas Jana

Selepas Jana, Apa Yang Perlu Anda Buat?

Anda baru sahaja minta AI hasilkan kod HTML untuk website anda. Skrin penuh dengan teks yang nampak macam bahasa alien. Soalan pertama: "Kod ni nak buat apa sekarang?"

1
Copy Kod Dari Claude.ai

Klik butang "Copy" di sudut kanan atas kotak kod. Pastikan anda copy semua kod dari atas hingga bawah. Kod lengkap bermula dengan <!DOCTYPE html> dan berakhir dengan </html>.

2
Buka Notepad (Windows) atau TextEdit (Mac)

Jangan guna Microsoft Word — Word akan tambah formatting tersembunyi yang akan rosak kod anda. Untuk Mac: pergi ke Format → klik "Make Plain Text" (langkah wajib).

3
Paste Kod dan Simpan Sebagai index.html

Paste kod, kemudian: File → Save As → namakan index.html → tukar "Save as type" kepada "All Files" (Windows) → Save.

⚠️ Kritikal untuk Windows: Kalau tidak tukar ke "All Files", Windows akan simpan sebagai index.html.txt dan kod tidak akan berfungsi.

4
Semak Fail Berjaya Disimpan

Pergi ke folder simpanan. Ikon fail patut kelihatan seperti ikon browser (Chrome/Edge/Firefox), bukan ikon Notepad. Klik dua kali — website patut terbuka dalam browser.

5
Buat Folder Khas untuk Website

Simpan semua fail website dalam satu folder yang kemas, contoh: website-bisnes-saya/. Letak index.html dan semua gambar dalam folder yang sama.

Struktur folder
website-bisnes-saya/
├── index.html
└── logo.png
Bab 3

Lancarkan Website Anda ke Internet — Cloudflare & Domain

Seksyen 3.1 — Cloudflare

3.1 Cloudflare, Apa Itu dan Kenapa Anda Perlu Tahu

Apa Itu Cloudflare?

Bayangkan anda baru siap bina sebuah kedai fizikal. Kedai tu dah cantik, dah siap semua. Tapi masalahnya, kedai tu terletak di tengah hutan. Tiada jalan masuk. Tiada papan tanda. Tiada pelanggan yang boleh jumpa.

Itulah masalah yang berlaku kalau anda ada kod HTML tapi tiada tempat untuk "letak" dia di internet.

Di sinilah Cloudflare masuk.

Cloudflare adalah sebuah syarikat teknologi yang menyediakan pelbagai perkhidmatan internet, termasuk keselamatan laman web, prestasi laman web yang lebih laju, dan yang paling penting untuk kita sekarang: hosting percuma melalui Cloudflare Pages.

Dalam bahasa mudah:

💡

Cloudflare = pengawal + pembantu + tuan rumah untuk laman web anda

Cloudflare melindungi laman web anda daripada serangan siber
Cloudflare memastikan laman web anda load dengan laju
Cloudflare Pages membolehkan anda upload dan publish laman web HTML anda secara percuma

Apa Itu Cloudflare Pages?

Cloudflare Pages adalah satu bahagian khusus dalam Cloudflare yang berfungsi sebagai platform hosting percuma untuk laman web statik, termasuk laman web HTML yang anda bina menggunakan AI.

Kenapa Cloudflare Pages bagus untuk pemula dan pemilik bisnes?

🆕

Percuma

Pelan asas tidak dikenakan sebarang caj

Mudah

Upload fail HTML, terus live

🚀

Laju

Cloudflare ada server di seluruh dunia, laman web anda akan load dengan pantas

🌐

Boleh sambung domain sendiri

Kalau anda dah beli domain (contoh: mybusiness.com), boleh sambungkan terus

🔒

SSL percuma — Laman web anda akan ada "https" secara automatik, nampak lebih profesional dan dipercayai

💡

Nota Penting: Cloudflare Pages sesuai untuk laman web yang dibuat menggunakan HTML, CSS, dan JavaScript biasa, iaitu jenis laman web yang kita hasilkan menggunakan AI dalam bab-bab sebelum ini.

Seksyen 3.2 — Daftar Cloudflare

Cara Daftar Akaun Cloudflare

Proses pendaftaran mengambil masa kurang dari 5 minit.

1
Pergi ke cloudflare.com

Klik butang "Sign Up" di bahagian atas kanan laman web.

2
Masukkan Maklumat Asas

Masukkan alamat emel dan kata laluan yang kuat. Klik "Create Account".

3
Sahkan Emel

Buka emel pengesahan dari Cloudflare dan klik pautan untuk aktifkan akaun.

4
Pilih Pelan Free

Pilih "Free" — ia sudah lebih dari cukup untuk bermula. Anda boleh upgrade kemudian.

Seksyen 3.3 — Upload Website ke Cloudflare Pages

Upload Kod HTML ke Cloudflare Pages

💡

Sebelum mula, zip folder website anda menjadi fail .zip. Folder my-website/ → hasilnya: my-website.zip

1
Log masuk ke Dashboard Cloudflare

Pergi ke cloudflare.com dan log masuk.

2
Pergi ke "Workers & Pages"

Di menu sebelah kiri dashboard, klik "Workers & Pages".

3
Create → Pages → Upload assets

Klik "Create" → pilih tab "Pages" → pilih "Upload assets".

4
Namakan Projek

Contoh: kedai-online-saya. Nama ini jadi URL percuma anda: kedai-online-saya.pages.dev. Klik "Create project".

5
Upload & Deploy 🎉

Drag and drop fail .zip anda → klik "Deploy site" → tunggu beberapa saat → laman web anda sudah LIVE!

Seksyen 3.4–3.5 — Domain

Beli Domain Sendiri di Shinjiru

❌ Kurang Profesional
kedai-online-saya.pages.dev
✔️ Profesional
kedaionlinesaya.com

Shinjiru berbasis di Malaysia dengan kelebihan: bayar dalam RM, sokong FPX & bank tempatan, sokongan Bahasa Melayu, harga kompetitif (~RM50/tahun untuk .com).

💡

Tips Pilih Nama Domain: Pendek & mudah diingat · Sama dengan nama bisnes · Elakkan nombor & tanda sempang · Pilih .com untuk bisnes umum atau .com.my untuk pasaran Malaysia

1
Pergi ke shinjiru.com

Taip nama domain yang anda nak dalam kotak carian.

2
Semak Ketersediaan

Kalau dah ada orang ambil, cuba variasi: tambah "my", "online", atau "shop".

3
Add to Cart & Checkout

Skip tawaran extra (hosting, privacy). Domain sahaja cukup untuk sekarang.

4
Bayar via FPX

Daftar akaun Shinjiru, pilih kaedah bayaran, dan lengkapkan pembayaran.

5
Domain Berjaya Didaftarkan ✔️

Domain milik anda selama setahun. Emel pengesahan akan diterima dari Shinjiru.

Seksyen 3.6 — Sambung Domain ke Cloudflare Pages

Sambungkan Domain ke Cloudflare Pages

1
Tambah Domain ke Cloudflare

Di dashboard Cloudflare, klik "Add a domain" dan masukkan nama domain anda.

2
Tukar Nameserver

Shinjiru akan berikan 2 nameserver. Tukar nameserver domain anda kepada yang Cloudflare berikan.

3
Sambung ke Pages

Di Cloudflare Pages → projek anda → Custom domains → tambah domain anda.

4
Tunggu Propagation

Proses ini ambil masa 15 minit hingga 48 jam. Biasanya dalam 1-2 jam sudah selesai.

5
Website Berjaya Live! 🎉

Taip domain anda di browser — website profesional sudah berjalan!

Seksyen 3.7 — Checklist Akhir

Checklist Lengkap — Pastikan Semua Berfungsi

Fail index.html wujud dan boleh dibuka dalam browser
Website load dengan cepat dan tiada ralak
Website kelihatan baik di telefon bimbit
Cloudflare Pages menunjukkan status "Published"
URL percuma *.pages.dev berfungsi
Domain sendiri sudah disambung
SSL (https) aktif secara automatik
Semua link dan butang berfungsi
🎉

Tahniah! Anda baru sahaja melancarkan website bisnes anda ke internet dengan bantuan AI. Dari sini, anda boleh terus tingkatkan kandungan, tambah fitur, dan kembangkan bisnes anda secara online.

Penutup

Tahniah kerana berjaya menghabiskan e-book ini.

Saya berharap ilmu dan panduan yang dikongsikan dapat membantu anda memahami bahawa membina website pada hari ini tidak lagi serumit seperti suatu ketika dahulu. Dengan bantuan AI dan sistem yang betul, proses yang dahulunya mengambil masa berminggu-minggu kini boleh dilakukan dalam masa yang jauh lebih singkat.

Namun, ilmu sahaja tidak akan menghasilkan apa-apa tanpa tindakan. Oleh itu, jangan sekadar membaca. Pilih satu idea, bina website pertama anda, dan mulakan proses pembelajaran melalui pengalaman sebenar. Website pertama anda mungkin tidak sempurna, tetapi ia akan mengajar lebih banyak daripada berpuluh-puluh jam teori.

Selepas bahagian ini, anda akan menemui lampiran yang mengandungi 20 jenis template reka bentuk website. Setiap template direka untuk kegunaan dan industri yang berbeza, dengan kelebihan tersendiri bergantung kepada objektif website yang ingin dibina.

Gunakan koleksi tersebut sebagai sumber inspirasi, kemudian ubah suai dan eksperimen mengikut keperluan anda.

Semoga berjaya dalam projek anda yang seterusnya.

Selamat membina.

Lampiran

20 Template Reka Bentuk Website — Prompt Sedia Guna

Di bawah adalah 20 prompt reka bentuk yang anda boleh copy dan paste terus ke dalam Claude.ai atau mana-mana AI. Setiap prompt direka untuk gaya visual yang berbeza — pilih yang paling sesuai dengan bisnes anda.

Cara guna: Copy prompt → paste ke AI → AI akan hasilkan kod HTML lengkap → upload ke Cloudflare Pages.

#1

Clean Minimal UI

📋 Prompt — Clean Minimal UI
Create a modern clean minimal landing page UI for a SaaS product. Use a white background with lots of whitespace and a strict grid layout. Typography should be simple and professional with only 1–2 font families. Use black and gray text with one subtle accent color for buttons. Include sections: hero with headline and CTA, features in simple cards, social proof logos, testimonials, pricing section, and final CTA. Avoid heavy shadows, avoid decorative elements, avoid complex graphics. Focus on clarity, spacing, and readability. Make the design feel professional, calm, and highly structured.
#2

Apple Style UI

📋 Prompt — Apple Style UI
Create a premium Apple-inspired landing page UI for a modern tech product. Use soft gradients, light backgrounds, and smooth shadows. Design should feel highly polished and premium with large spacing and perfect alignment. Use rounded corners, subtle blur effects, and high-quality product mockups in the hero section. Include sections: hero with product showcase, feature highlights, benefits section, testimonials, and pricing. Typography should be elegant and minimal. Overall feel should be expensive, smooth, and highly refined.
#3

Dark Mode SaaS

📋 Prompt — Dark Mode SaaS
Create a dark mode SaaS landing page UI for a tech product. Use a dark gray or black background with blue or purple accent colors. Typography should be light and high contrast. Use clean grid-based layout with subtle borders and soft glowing highlights on buttons and interactive elements. Include sections: hero with value proposition and CTA, feature cards, product dashboard preview, testimonials, pricing table, and final CTA. Design should feel modern, technical, and focused. Avoid clutter and decorative noise.
#4

Neon Cyber UI

📋 Prompt — Neon Cyber UI
Create a futuristic neon cyberpunk landing page UI. Use a black background with glowing neon accents in pink, blue, purple, and green. Include glowing buttons, neon text highlights, and subtle digital grid background. Add futuristic UI elements such as HUD-style panels and abstract geometric shapes. Structure: hero section with bold headline and glowing CTA, feature grid with neon cards, futuristic product showcase, testimonials, pricing, and final CTA. Design should feel high-tech, energetic, and futuristic.
#5

Glassmorphism UI

📋 Prompt — Glassmorphism UI
Create a modern glassmorphism landing page UI. Use a soft gradient or blurred background. All UI components should look like frosted glass panels with transparency and blur effects. Use layered cards with soft shadows and rounded corners. Include sections: hero with glass card and CTA, feature cards in glass panels, testimonials section, pricing cards with glass effect, and final CTA. Typography should be clean and modern. The design should feel soft, layered, and futuristic but elegant.
#6

Brutalist UI

📋 Prompt — Brutalist UI
Create a bold brutalist landing page UI. Use oversized typography, strong black-and-white contrast, thick borders, and intentionally raw design elements. Avoid gradients, soft shadows, and polished effects. Use asymmetrical layouts and large blocks of color. Include sections: hero with huge headline and CTA, features, testimonials, pricing, and final CTA. Design should feel unconventional, attention-grabbing, and rebellious. Prioritize typography and contrast over decoration.
#7

Soft Pastel UI

📋 Prompt — Soft Pastel UI
Create a soft pastel landing page UI for a modern startup. Use light pastel colors such as soft pink, baby blue, lavender, and mint green. Use rounded corners, friendly illustrations, and gentle shadows. Include sections: hero with illustration and CTA, feature cards, testimonials, pricing, FAQ, and final CTA. Typography should feel approachable and welcoming. Design should feel friendly, calm, and easy to use.
#8

Luxury Black & Gold

📋 Prompt — Luxury Black & Gold
Create a luxury landing page UI using a black and gold color palette. Use elegant typography, premium spacing, and refined visual hierarchy. Incorporate subtle gold accents, thin dividers, and high-end imagery. Include sections: hero with premium branding, features, testimonials, pricing, and final CTA. Design should communicate exclusivity, prestige, and sophistication. Avoid playful elements and bright colors.
#9

AI Futuristic UI

📋 Prompt — AI Futuristic UI
Create a futuristic AI landing page UI. Use gradient mesh backgrounds, glowing accents, abstract AI-inspired shapes, and sleek typography. Include modern animations and futuristic visual elements. Structure the page with a hero section, AI capabilities showcase, feature cards, testimonials, pricing, and CTA. Design should feel innovative, intelligent, and cutting-edge. Maintain a clean and professional layout despite the futuristic style.
#10

Editorial Magazine UI

📋 Prompt — Editorial Magazine UI
Create an editorial magazine-style landing page UI. Use large serif headlines paired with clean sans-serif body text. Design should resemble a premium magazine or publication. Use strong typography hierarchy, high-quality photography, asymmetrical layouts, and generous whitespace. Include sections: hero story, featured benefits, testimonials, content highlights, pricing, and final CTA. The design should feel sophisticated, thoughtful, and content-focused.
#11

Flat Design UI

📋 Prompt — Flat Design UI
Create a modern flat design landing page UI. Use solid colors, simple geometric shapes, and clean typography. Avoid shadows, blur effects, gradients, and 3D elements. Keep the interface lightweight and highly readable. Include a hero section, feature cards, testimonials, pricing table, FAQ, and final CTA. Design should feel simple, modern, efficient, and easy to understand.
#12

3D Cute UI

📋 Prompt — 3D Cute UI
Create a playful landing page UI featuring soft 3D illustrations and rounded UI components. Use vibrant but friendly colors and cute 3D objects throughout the page. Include a hero section with a large 3D illustration, feature cards, testimonials, pricing, FAQ, and final CTA. Design should feel approachable, fun, and visually engaging.
#13

Isometric Tech UI

📋 Prompt — Isometric Tech UI
Create a technology-focused landing page UI using isometric illustrations. Include 3D isometric diagrams showing systems, workflows, dashboards, and technology concepts. Use a modern color palette with clean typography. Include a hero section, feature showcase, workflow visualization, testimonials, pricing, and final CTA. Design should feel technical, professional, and innovative.
#14

Gradient Mesh UI

📋 Prompt — Gradient Mesh UI
Create a modern landing page UI featuring large gradient mesh backgrounds. Use smooth transitions between vibrant colors and soft lighting effects. Maintain clean typography and simple layouts to balance the colorful visuals. Include a hero section, feature highlights, testimonials, pricing, FAQ, and final CTA. Design should feel modern, creative, and visually striking.
#15

Retro Neon UI

📋 Prompt — Retro Neon UI
Create an 80s-inspired retro neon landing page UI. Use neon pink, blue, and purple accents with dark backgrounds. Incorporate retro grid patterns, glowing effects, and nostalgic futuristic visuals. Include a hero section, features, testimonials, pricing, and final CTA. Design should feel energetic, nostalgic, and highly distinctive.
#16

Corporate Enterprise UI

📋 Prompt — Corporate Enterprise UI
Create a professional corporate landing page UI. Use a blue, gray, and white color palette with clean layouts and structured information hierarchy. Include professional imagery, trust indicators, statistics, and business-focused visuals. Include sections for hero, services, benefits, case studies, testimonials, pricing, and CTA. Design should feel trustworthy, reliable, and enterprise-ready.
#17

Playful Startup UI

📋 Prompt — Playful Startup UI
Create a colorful startup landing page UI with bright colors, playful illustrations, and friendly typography. Use rounded cards, cheerful icons, and modern visual elements. Include a hero section, feature highlights, testimonials, pricing, FAQ, and CTA. Design should feel energetic, approachable, and innovative.
#18

HUD Sci-Fi UI

📋 Prompt — HUD Sci-Fi UI
Create a futuristic HUD-inspired landing page UI. Use transparent panels, data overlays, digital interface elements, and sci-fi visual effects. Include futuristic typography and advanced dashboard-style graphics. Structure the page with a hero section, feature modules, system status displays, testimonials, pricing, and CTA. Design should feel like a next-generation control panel.
#19

Nature Organic UI

📋 Prompt — Nature Organic UI
Create an eco-friendly landing page UI inspired by nature. Use green, beige, brown, and earthy color palettes. Include organic shapes, natural textures, soft illustrations, and calming visuals. Include sections for hero, features, testimonials, pricing, FAQ, and CTA. Design should feel sustainable, trustworthy, and peaceful.
#20

Monochrome High-Contrast UI

📋 Prompt — Monochrome High-Contrast UI
Create a modern monochrome landing page UI using only black, white, and gray tones. Focus on strong typography, sharp contrast, and bold visual hierarchy. Avoid decorative colors and rely on spacing, layout, and typography to create impact. Include hero, features, testimonials, pricing, FAQ, and CTA sections. Design should feel elegant, timeless, and highly focused.